dah lama aku tak menulis di sini, meninggalkan tempat yang menjadi lantai tidur perasaan dalamku, di sinilah aku jujur tentang segalanya, bercerita tentang satu rasa. akan aku ceritakan sedikit masa lagi, saat ini aku masih memujuk diri supaya terus bersabar. biarlah...bukan aku untuk membuka aib orang dan biarlah juga mereka melakukan apa saja yang mereka mahu, tidak pernah aku rasa sedih atau malu kerna aku tahu DIA ada di sana menyaksikan segalanya...
aku akan kembali bercerita ...
okeh aku kembali hehe ni belum mandi lagik ni, balik jogging terus online skejap satg dah mandi kompem ngantuk giler.
gini ermmm (muzik sedih) aku hepi giler sejak kembali ke penang ni walaupun semuanya berlaku tanpa dirancang tapi aku yakin dengan qada dan qadar Ilahi, baru 6 bulan aku kembali ke penang tapi serasa lama sangat dah, pelbagai perkara berlaku dalam hidup termasuk hal hal yang tak pernah terduga dek akal. aku hepi keja kat sini walaupun penuh dengan tekanan tapi aku amek semua ni dengan rasa positif. rupanya dalam kerja masih ada orang orang yang berdengki di mana mana, depan baik tapi belakang ya tuhan. aku ikut rentak je ni coz aku orang baru di tempat baru, aku yakin one day dorang akan tahu segalanya. aku dengar dengar gak citer yang tak sepatutnya tentang aku tapi setahu aku, aku tak kacau pun keja dorang, urusan peribadi dorang, apsal yang berdengki sangat ntah la. yang aku tahu aku wat keja aku jer. seringkali dalam idup aku, sering sangat sangat sangat aku berada dalam kedudukan tengah, nak ke kiri salah nak ke kanan salah, akhirnya aku jadi mangsa keadaan. tapi aku cool je, bukan aku tak penah lalui situasi ni, finally people know the truth. aku ok je coz aku hepi tuhan tu kurniakan aku kesabaran yang sometimes aku sendiri tak tahu datangnya dari mana!
skarang ni aku nak ikut rentak je cuma hati ni sedikit terasa la. aku lak jenis simpan perasaan, aku baca sendiri kata kata yang dilemparkan pada aku, aku dengar sendiri cerita yang disampaikan pada orang lain, tak apalah...tak kisah. tak lama je lagi, aku sian ngan orang ni, tak lama lagi je nasib orang ni ermm entahlah. nak aku tegur, karang naik angin lak cuma ermmm sian plak dengarkan tentang apa yang akan dia terima sedangkan dia tak tahu lagi. tak guna jadi pegawai atasan jika tak disukai orang bawahan. cukup-cukup la tu, nampak sangat orang tu salah orang ni salah sedangkan salah kau sedang dikumpulkan anak anak buah kau. ermmm entahlah. cool je la seadanya.
jika ini terjadi, aku skali lagi melalui kehidupan yang dicerca dicaci dikata itu ini tapi akhirnya? aku ni binatang ke yang suka suki orang buat cam ni ek? kadang aku pernah ckp kat diri aku ni apsal aku ni sabar sampai cam ni? dah tu orang minta maaf, aku ok je. lupakan je. apa ni? adoiii...
arghhhh finally terkeluar jugak segala rasa aku di sini. legaaaa.....nak mandi la, fanazzzz. thanks korang yang sudi baca :)
p/s : aku boleh bercerita tapi aku tak nak buka aib orang coz nanti di akhirat aib aku dipelihara dan aku boleh berdoa kerana aku teraniaya, sesungguhnya doa orang teraniaya tak ditapis olehNya....jangan sampai doa ini aku panjatkan .... ALLAHUAKBAR
No comments:
Post a Comment