Friday, February 4, 2011

SETELAH SEKIAN LAMA .....

setelah sekian lama, hari ini aku noktahkan juga :( sejak pagi aku berkemas bilik, yang menempatkan semua koleksi pakaian persembahan. mungkin ini noktahnya. aku dah nekad untuk meninggalkan dunia seni persembahan. aku masih punya baki kontrak hingga akhir Ogos tapi aku dah siap berkemas semuanya. hmm segala yang aku miliki akan aku serahkan pada orang yang aku percaya - MADI.

aku ngan madi sama sama memulakan langkah dalam bidang seni sejak tahun 1998 secara serius, dari aku bekerja sampai aku resign..semata nak tumpukan pada bidang showbiz. entah kenapa minat yang mendalam sangat sampai bawa aku ke saat ini namun sejak akhir tahun lalu, perasaan ini bergoncang, timbul hasrat untuk meninggalkan bidang yang aku usahakan ini. dari hari ke hari minat itu hilang entah ke mana.

terlalu banyak pengalaman yang aku miliki sejak menceburi bidang ni, aku kenal manusia manusia di keliling aku, insan sebaik mana pun tak mungkin aku percaya lagi selepas ini kerana aku sudah masak benar terutamanya dengan mereka yang bergelar dancers. cukup la pengalaman ini yang mampu aku kongsi dengan yang lain.

dah terlalu lama aku menghambakan diri pada showbiz. cukuplah sampai saat ini, aku sendiri dapat rasakan yang aku dah terlalu penat untuk menempuhinya lagi, entah sampai bila. syukur juga pada Ilahi kerana Dia membuka pintu hati untuk aku melakukan sesuatu yang lebih baik, barangkali. InsyaAllah....


2 comments: