Wednesday, February 9, 2011

KEMBALI TERJADI ...

Arrggghhhh hal ni dah pernah terjadi dalam hidup aku apabila diuji dengan tuduhan yang melulu, tersangat la kurang ajarnya manusia itu dan waktu itu aku mengambil tindakan berdiam diri - SILENT. Yup, memang pedih sangat sangat sangat bila kita berdiam diri sedangkan di luar sana, pelbagai hal dikatakan tentang diri kita, hambooihhh sedap mulut mengata org, tak sedar diri sendiri cam ne tapi itulah aku - COOL. Ntah la, dah memang diri aku cam tu nak wat cam ner.

Dan kali ni terjadik lagik, serius jadik bingung aku, tak tahu nak ulas apa, tak tahu nak lawan ke tidak. Paling kuat aku ngadu ngan someone, tu je la. Aku tahu aku tak bersalah cuma keadaan yang meletakkan aku dalam keadaan bersalah dan aku terima semua tuh. Dan aku SILENT lagi huhuhuhu....

ALHAMDULILLAH. Dalam kedua dua situasi di atas, aku MENANG akhirnya. YUP, ianya mengambil masa yang lama utk menikmati kemenangan itu tapi SYUKUR sangat, dah dijanjikanNya, kesabaran itu akan membuahkan hasil. Haaa yang mana syok sangat dok mengumpat mengata membuat ketupat walau tak raya, hamek korang. Ishk tak rasa berdosa agaknya buat cam ni kat org len? Aku tak paham sungguh la dengan manusia yang cam gini, apa la yang dorang rasa sebenarnya masa enjoyssss mengata orang tuh, alih alih taik yang korang buat tu kena muka korang sendiri.....hah lega aku!

Hmm pengajaran dalam kehidupan dah terlalu banyak aku kumpulkan. Tak lama lagi aku nak gerak masuk fasa baru dalam kehidupan, InsyaAllah segalanya indah belaka, doakan aku occay! Muaahhhh.....

Friday, February 4, 2011

SETELAH SEKIAN LAMA .....

setelah sekian lama, hari ini aku noktahkan juga :( sejak pagi aku berkemas bilik, yang menempatkan semua koleksi pakaian persembahan. mungkin ini noktahnya. aku dah nekad untuk meninggalkan dunia seni persembahan. aku masih punya baki kontrak hingga akhir Ogos tapi aku dah siap berkemas semuanya. hmm segala yang aku miliki akan aku serahkan pada orang yang aku percaya - MADI.

aku ngan madi sama sama memulakan langkah dalam bidang seni sejak tahun 1998 secara serius, dari aku bekerja sampai aku resign..semata nak tumpukan pada bidang showbiz. entah kenapa minat yang mendalam sangat sampai bawa aku ke saat ini namun sejak akhir tahun lalu, perasaan ini bergoncang, timbul hasrat untuk meninggalkan bidang yang aku usahakan ini. dari hari ke hari minat itu hilang entah ke mana.

terlalu banyak pengalaman yang aku miliki sejak menceburi bidang ni, aku kenal manusia manusia di keliling aku, insan sebaik mana pun tak mungkin aku percaya lagi selepas ini kerana aku sudah masak benar terutamanya dengan mereka yang bergelar dancers. cukup la pengalaman ini yang mampu aku kongsi dengan yang lain.

dah terlalu lama aku menghambakan diri pada showbiz. cukuplah sampai saat ini, aku sendiri dapat rasakan yang aku dah terlalu penat untuk menempuhinya lagi, entah sampai bila. syukur juga pada Ilahi kerana Dia membuka pintu hati untuk aku melakukan sesuatu yang lebih baik, barangkali. InsyaAllah....