Tuesday, November 30, 2010

SEMAKIN HAMPIR .....

Semakin hampir nawaitu ini beralih menuju kebaikan, mencari kesempurnaan dan keredhaan, semakin kuat aku diuji. Satu persatu ujian datang bertimpa timpa...persebahatan, perniagaan, keluarga dan banyak lagi. Ya Allah, sampai saat ini aku masih terdaya menempuh cuma tak dinafikan sesak juga dada ni melalui satu persatu.

Sungguh tak sabar aku menantikan saat segalanya pergi dari aku, segala masalah yang membelenggu...semalam panjang lebar aku berbual ngan abang aku, berkongsi cerita setelah sekian lama, satu persatu dapat dirungkai. Aku gembira bila ada seorang abang yang boleh nasihatkan aku, sekurang kurangnya hati ini jadi sedikit tenang....namun masalah harus diselesaikan juga cuma mungkin mengambil masa ke arah itu.

Saat ini hati tak keruan memikirkan segala mcm persoalan yang belum bertemu jawapan. PadaMu Ilahi, Kau tahu apa yang sedang aku tempuhi, aku bermohon padaMu Ya Rahman, titikkanlah segala ujian ini....AMINN

Friday, October 15, 2010

SERUAN ILAHI

pernah sekali mimpiku terkandas atas hal yang satu tapi aku redha jer, mungkin bukan rezeki lagi tapi kali ini dengan izinNya aku akan sampai gak, InsyaAllah.

hari hari kebelakangan ni aku jadi risau dengan usaha niaga yang satu ini, jika ditakdirkan Allah, aku berjaya dengan kontrak itu, aku bernazar untuk ke sana Ramadhan depan (moga umurku panjang Ya Allah)

terlalu banyak hal yang membuatkan keinginan aku membuak buak untuk hadir di sisiNya....

YA ALLAH, dengarkanlah suara hati hambaMu ini YA ILAHI...

Wednesday, October 13, 2010

SAMPAI BILA ...

satu ketika dulu aku hampir nak tarik diri dari bisnes yang aku buat ni, nak beralih kepada sesuatu yang lain yang berbeza tapi aku tak dpt nak lari dari semua ni coz dah sebati dalam diri aku. cuma sesekali aku jadi bosan, down dan segala macam dengan dugaan perniagaan dan orang sekeliling yang tak pernah habis datang dalam hidup aku.

mata yang memandang memang la melihat aku seolah senang dan berjaya tapi ada ke mereka tahu yang aku terpaksa bekerja keras melampau masa semata untuk bertahan dalam dunia niaga ini, terpaksa bersaing dengan nama nama besar dalam industri....syukur sangat coz aku masih mendapat tempat di pasaran cuma dengki khianat yang buatkan aku menyampah!

ada sesuatu yang baru yang sedang berlaku dalam lingkungan produksi aku, nanti satu hari bila perjanjian termetrai aku tak tahu la apa plak ujian yang nak datang, semoga Allah melindungi aku, AMIN

Thursday, October 7, 2010

WHATS UP?

terlalu banyak yang aku lalui tahun ni, biarpun tahun 2010 tak abis lagik tapi memacam hal yang aku tempuh dan yang pasti aku melalui semua seadanya, sebaik mungkin dengan minda yang terbuka biarpun kekadang menguji rasa.

masih ada berbaki beberapa bulan lagi, ada hal hal yang mahu aku settle dalam tahun ini kerana 2011 aku dah punya rencana bulan demi bulan terutamanya OGOS 2011, bakal merubah sebuah kehidupan dan sisi hidup aku, INSYAALLAH.

pengalaman banyak mengajar aku erti kehidupan dan aku yakin di sebalik segala ujian yang Allah berikan ini, ada rahmat yang tersembunyi dan aku harus melalui semua ini dengan penuh pasrah dan yakin.

blog ini akan aku pastikan terus hidup biarpun ianya ibarat persinggahan sementara, bila benar benar punya masa sedangkan aku ada banyak hal yang nak aku ceritakan...arrghhh apasal aku jadik malas mcm ni ntah hehehehe

ok lah, nanti sambung lagik...muaaahhhh

Friday, August 20, 2010

sekian lama....

Berbulan la jugak aku tinggalkan blog ni kan semata mata asik ngan facebook jer...sebenarnya aku bukan tinggalkan terus, aku masih membaca blog blog kengkawan yang len cuma masa menghimpit aku dari menaip di sini.

Skarang Ramadhan, cepat sangat masa berlalu skarang ni, seperti biasa bulan ni bulan yang paling sibuk untuk aku, memacam menda nak dibuat. Tapi aku happy sangat dengan kehadiran bulan sejuta rahmat ni, InsyaAllah aku isi dengan sebaik mungkin.

Ok la, update tu je dulu coz ada keja len yang nak dibuat neh....

Saturday, April 24, 2010

LIVE from INUL VIZTA, Medan INDONESIA

Hmm dah lama aku tak update blog aku, sebenarnya terhimpit dek masa yang terlalu suntuk tapi skarang aku kat INUL VIZTA, MEDAN INDONESIA, kat lobby guna PC for customer yang dalam WAITING LIST, ramai gak menunggu nak masuk, bak kata ECHO, kitaorang ni ibarat PENUNGGU hehehehe

Aku datang Medan ni dengan Syukoq, one of my friend n dancer la selain dari misi menghantar Echo pulang ke Medan kerana dia tak akan datang ke Penang lagi untuk enam bulan mendatang coz akan start short course study.

K lah, dah siap nak melalak ni dengan suara suara kitaorang yang paling sedap di dunia hehehhehe...

p/s : kalo korang berpeluang ke Medan, datang la karaoke milik INUL ni, memang puas hati la terutamanya rate room! NJOYS....

Sunday, February 14, 2010

VALENTINE MOMENTS with OPRAH


Ha, dah lama aku tak menulis kat sini, tadik siang aku run tengok OPRAH je edition sempena Valentine, sememangnya rasa bertuah sangat dapat tengok 2 episod bout valentine...nak citer kat sini memang panjang berjela tapi aku memang rasa 'cinta itu indah'. Hmm mcm mcm bentuk luahan kasih sayang antara manusia sebenarnya cuma tergantung kita untuk meluahkan dengan cara yang mcm mana.

Sepanjang dua episod ni memang buatkan aku tersentuh gak la, hmm kononnya pikir aku je la yang menghargai cinta lam dunia ni rupanya ada yang jauh lebih hebat dari aku. Hmm napa negara kita tak dapat menzahirkan program sehebat OPRAH ek? Mungkin tak ada hos yang betul betul sesuai kot...

Apapun, aku memang enjoy la dengan edition tadik.