Assalammualaikum semua,
Subhanallah, rindunya aku untuk kembali menulis di sini. RINDU sangat sangat, bukannya aku cuba melupakan blog ini tapi entahlah ... kadang terbit rasa kecewa dalam hidup, terlalu banyak yang aku tempuh sebenarnya dalam kehidupan aku sampaikan pada satu ketika terasa mahu mengalah.
Jujurnya aku bukan jenis suka bercerita tentang perasaan pada orang sekeliling aku, setiap apa yang jadi aku cuba selesaikan antara diri aku dengan keadaan itu. Alhamdulillah satu persatu aku berjaya menutup cerita duka, biarpun aku yang terkecewa.
Dah setahun lebih aku diamkan diri, aku tak mahu diam lagi. Sayang sangat masa setahun tidak aku coretkan tentang yang indah indah dalam hidup. InsyaAllah selepas ini aku akan terus bercerita tanpa noktah.
Untuk semua yang mengenali, AKU KEMBALI ....
No comments:
Post a Comment