Wednesday, December 7, 2011

BERJIMBA @ HATYAI ...






TERSEBUT la kisahhhh hehehe Sabtu lepas aku ke negeri di salah sebuah Negara Gajah Putih - Hatyai. Ermm bagi korang yang suka shopping n makan makan, boleh la jadikan Hatyai satu destinasi pelancongan berbudget rendah ya kerna memang kos rendah sangat untuk ke sini coz dari Penang maaa....

Ekceli aku ke sini bukan untuk suka suki yer kawan kawan, ada urusan bisnes yang harus disiapkan seberapa segera demi masa depan negara yang cemerlang dan gemilang tudiaahhh hehehe alah korang semua kalo dengar je Hatyai, Bangkok, Thailand kompem dalam kepala pikir lain je kan, yer la sememangnya industri seks Thailand sudah di kenali, aku ke sini bukan untuk itu yer la la la la la la ..... *tutup mulut dengan dua dua tangan*

Urmm aku tak yah la citer details sangat pasal tempat menarik kat Hatyai ni ye kalo korang nak tau, sila GOOGLE hahaha kejam tak? Yang buat aku gila kat sini ialah Pasar Malam Hatyai yang serius besar giler yang macam macam hada, haiyoohh serius macam macam hada dan menyakitkan mata sajork melihatnya, soping la jugak mana yang boleh tapi pastinya aku akan kembali ke sini untuk borong, tunggu taun depan sebelum posa yer. Yang aku sentap tu kan bila tgk je baju saiz M, yang jual tu nk promote saiz L kat aku, besar sangat ke aku ni? *memang pown* aku nak motivate diri je dengan beli baju M hehehe kononnya ler tapi finally beli gak la baju yang aku suka giler, sesuai sangat dengan jiwa hehehe dah pakai pon smalam datang kerja hehe lupa lak nak snappy....

Bagi korang yang suka night life, Hatyai ada untuk korang tapi pepandai korang la yer bawak diri coz yang tak baiknyer lebih banyak dari yang baik *baik ke? tak der pown yang baik nite nife kat sini* Aku santai saja di kamar beradu pas balik dari pasar malam tuh, golek sana golek sini huhuhu matiler bergolek...

Ishk kalo nak citer pasal kejadian kejadian di Hatyai ni banyak boleh aku citer tapi cam malas jerk...apapun hati dok teringat ayam kat Hatyai urmm ayam yang boleh dimakan okeh bukan ayam yang cantik di tepi jalan yer huhuhu skiannnn...


Friday, December 2, 2011

namanya MYDIN ...HEPI BESDAY

Skadar catatan ringkas coz aku terlalu sibuk sangat sangat lately, terlalu banyak urusan yang harus aku selesaikan, banyak yang tertangguh sejak aku dah keja. Urusan keja jangan dicakap la, sampaikan ramai kengkawan yang makan hati ngan aku coz alasan sibuk je memanjang so aku nak wat cam ne? Dah memang aku sibuk pun....

Aku nak share skit ngan korang, sejak aku mula keja kat opis ni, setiap hari aku disapa oleh seorang staff buruh, dia ni kurus kering je, umur sekitar 50an, aku kekadang perhatikan dia wat keja, nampak cam tak berapa sihat, kekadang dia termenung jauh sangat. Entah apa ada dalam fikiran dia tapi kalo habis meeting kat opis aku, dia slalu datang ketuk pintu bilik aku, tanya nak makan tak? Dia nak ambikkan tapi aku slalu cakap tak nak ....

Pagi tadi, aku sampai opis dengan bad mood skit, ada la hal yang kureng enak berlaku pada aku pg tadi. Aku duduk je di ruang depan, jejalan tgk pokok pokok, opis aku dalam hutan tau uols hehehe nanti la akuk snap snap aku publishkan okeh. Tadi aku lepak je tetiba dia datang tegur, namanya Mydin. Dia tanya kenapa aku nampak mcm ada masalah, ntah cam ne segala masalah aku citer kat dia huhuhu dia pun dengar la panjang lebar aku meroyan pepagi hehe dari situ bercerita lak kisah hidup dia. Ermm terkesima aku mendengar, dia dah lalui banyak kesusahan dalam hidup dia, Mydin sakit jantung yang agak serius, sib baik dia kakitangan kerajaan so dah dibedah dengan kos ditanggung, isteri dia seorang OKU yang amek upah menjahit skarang dah ada anak age 11 tahun. Macam macam dia nasihatkan aku tapi yang paling aku tak leh lupa, dia cakap dia tengok aku ni macam orang baik huhuhu malu la plaks dia tengok aku ni keja kuat tapi kenapa belum kawin? Hadoiiii soalan ni yang mencik ni, aku cakap kat dia aku nak beli umah dulu hehehe dia pun angguk je kepala. Sian aku tgk si Mydin ni, ekceli panjang lagik citer idup dia yang wat aku sesekali hiba la jugak urmm setiap org ada cerita hidup kan?

Dah habis sembang aku pun nak ke kantin, nak beli air tapi dia tak kasi, dia cakap ari ini dia nak belanja aku air. Hehe nak tergelak aku...pastu aku tanya kenapa? Coz ari ni hari jadi dia, alah alah alah so sweetttt aku pun wish besday kat dia, sian je aku tgk dia. Umur dah lanjut tapi masih keja, dengan masalah kesihatan lagik ermmm tak lama pastu dia balik bawak air, aku minum sambil sembang lagik ngan dia.

Esok aku akan beli kek untuk dia, mesti dia hepi nanti dia leh bawak balik utk wife ngan anak dia tuh, tadik aku tak de masa nak ke kedai kek coz aku dok mengadap pc je seharian. Dari aku menghabiskan duit untuk itu ini baik aku buat something yang boleh melukis senyuman kat wajah orang lain kan? Kisah hidup Mydin akan aku simpan sebagai pengajaran dalam kehidupan aku, semoga Mydin terus bahagia dengan dunianya, amin.