Friday, October 15, 2010

SERUAN ILAHI

pernah sekali mimpiku terkandas atas hal yang satu tapi aku redha jer, mungkin bukan rezeki lagi tapi kali ini dengan izinNya aku akan sampai gak, InsyaAllah.

hari hari kebelakangan ni aku jadi risau dengan usaha niaga yang satu ini, jika ditakdirkan Allah, aku berjaya dengan kontrak itu, aku bernazar untuk ke sana Ramadhan depan (moga umurku panjang Ya Allah)

terlalu banyak hal yang membuatkan keinginan aku membuak buak untuk hadir di sisiNya....

YA ALLAH, dengarkanlah suara hati hambaMu ini YA ILAHI...

Wednesday, October 13, 2010

SAMPAI BILA ...

satu ketika dulu aku hampir nak tarik diri dari bisnes yang aku buat ni, nak beralih kepada sesuatu yang lain yang berbeza tapi aku tak dpt nak lari dari semua ni coz dah sebati dalam diri aku. cuma sesekali aku jadi bosan, down dan segala macam dengan dugaan perniagaan dan orang sekeliling yang tak pernah habis datang dalam hidup aku.

mata yang memandang memang la melihat aku seolah senang dan berjaya tapi ada ke mereka tahu yang aku terpaksa bekerja keras melampau masa semata untuk bertahan dalam dunia niaga ini, terpaksa bersaing dengan nama nama besar dalam industri....syukur sangat coz aku masih mendapat tempat di pasaran cuma dengki khianat yang buatkan aku menyampah!

ada sesuatu yang baru yang sedang berlaku dalam lingkungan produksi aku, nanti satu hari bila perjanjian termetrai aku tak tahu la apa plak ujian yang nak datang, semoga Allah melindungi aku, AMIN

Thursday, October 7, 2010

WHATS UP?

terlalu banyak yang aku lalui tahun ni, biarpun tahun 2010 tak abis lagik tapi memacam hal yang aku tempuh dan yang pasti aku melalui semua seadanya, sebaik mungkin dengan minda yang terbuka biarpun kekadang menguji rasa.

masih ada berbaki beberapa bulan lagi, ada hal hal yang mahu aku settle dalam tahun ini kerana 2011 aku dah punya rencana bulan demi bulan terutamanya OGOS 2011, bakal merubah sebuah kehidupan dan sisi hidup aku, INSYAALLAH.

pengalaman banyak mengajar aku erti kehidupan dan aku yakin di sebalik segala ujian yang Allah berikan ini, ada rahmat yang tersembunyi dan aku harus melalui semua ini dengan penuh pasrah dan yakin.

blog ini akan aku pastikan terus hidup biarpun ianya ibarat persinggahan sementara, bila benar benar punya masa sedangkan aku ada banyak hal yang nak aku ceritakan...arrghhh apasal aku jadik malas mcm ni ntah hehehehe

ok lah, nanti sambung lagik...muaaahhhh