Tuesday, January 12, 2010

G E M U K

Hmmm topik yang 'sensentap' its about GEM hehehe...sebenarnya dengan ketinggian yang aku miliki dan berat badan yang aku ada, bukanlah satu masalah pun, tak nampak gemuk pun tapi dek kerana kerjaya aku yang dikelilingi mereka yang menjaga penampilan dan selalu 'mengambil berat tentang orang lain' makanya aku terperangkap dalam situasi ini LAGIPUN di suatu hari ni masa gi klinik, aku amek test gemuk atau tidak hehehe nyatanya dengan ketinggian 180cm aku sesuai dengan berat badan 75-80kg sedangkan aku 90kg, aiyoooo....

Dan lagi satu faktor ialah, sejak ada si Echo di Penang ni, aku semakin kuat makan, pagi tengahari petang malam keja aku makan jaaaaa......dan mulai ari ini aku dah set nak turunkan berat badan.

Dengan ini diisytiharkan hari ini dengan berat badan 90kg akan aku turunkan sebanyak yang mungkin, nantikan posting aku pada 12th Febuari yang akan datang ok ehehehhe

Kawan aku yang nama Fazi, dia dah welcome aku ke Kelab Gemuk yang dia asaskan ...buat masa sekarang aku dalam kelab dia la, nanti aku nak kuar dari kelab itu huhuhu.....

Wednesday, January 6, 2010

bila kita bertanya ...

Aku dapat email tentang catatan di bawah ni dari Azrul Syafiq (http://www.xtraordinaryz.blogspot.com). Dulu, dalam blog aku yang lama (http://budakistana.blogspot.com) aku ada catatan ni gak, sebenarnya ia sangat berkesan dan berguna, kita sering bertanya itu ini tanpa kita sedari sendiri siapa dan di mana diri kita.


KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB

"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216


KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. " - Surah Al-Baqarah ayat 286


KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45


KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111


KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "
- Surah At-Taubah ayat 129


KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12


KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


p/s : renung-renungkanlah wahai teman.

Friday, January 1, 2010

SALAM TAHUN BARU ....


SELAMAT TAHUN BARU...ha itulah ucapan yang bergema dipentas Sunway Carnical Mall kelmarin, memang happening kat situ, teramat sangat. My troupe perform kat situ, acara sukses..organiser puas ati so aku pun hepi giler.

Jalan jem teruk masa nak balik Penang. Sampai kat tol Sungai Dua, keta aku (keta my frenz sebenarnya, aku pinjam coz tak cukup keta nak bawak dancers) kena tahan ngan JPJ. Actually aku dah sedia dah coz memang tau road tax dah mati. Aku redah ja la amek risiko kena saman TAPI.........

Rupanya member aku ni dah lama tak hidupkan road tax dia more than 6 months so jawapan dari brother JPJ itu ialah SITA...ha amek ko! Dengan wartawan yang ramai hehehe bebudak dancers dalam keta segan ar nak kuar, takut muka kuar tv katanya hehehe aku selamba je follow, dah salah kan? Hehehe buat rayuan pun tak dapat, kononnya serius la tapi pas dah kuar saman bleh plak dorang dorang JPJ tu dok wat ramah tamah pot pet nak sembang, pantang nampak pompuan cantik....

Sib baik ada member sowang ni mamat India, keta Toyota Camry dia kena tahan gak coz cermin gelap so aku ni dengan 'ramah' minta ditumpangkan ke jeti hehehe sib baik dia ok, dia lagi sian coz baru je amek keta dari girl dia 10 minit pastu kena saman hehehe...malam tu kitaorang bertemankan embun naik feri ke penang hehehe Alhamdulillah selamat sampai umah gak la dengan seribu kenangan tahun baru. Pada aku semua ni dah memang tersurat, kena la redha coz dah buat salah hehehe

Tadik, awal pagi Aku, Echo, Lynn, Aya n Amar 'mandi bunga' kat Taman Rimba hehehehe lama tak mandi kolam so aku betul betul mandi la hehehe sedap plak makan pas sejuk mandi ni ha, balik umah terus tido sampai petang, lega sangat!

Berlalu sudah hari pertama di tahun baru, semoga 12 bulan mendatang menjanjikan kebahagiaan, AMIN.