Thursday, May 2, 2013

R.I.N.D.U


Assalammualaikum semua,

Subhanallah, rindunya aku untuk kembali menulis di sini.  RINDU sangat sangat, bukannya aku cuba melupakan blog ini tapi entahlah ... kadang terbit rasa kecewa dalam hidup, terlalu banyak yang aku tempuh sebenarnya dalam kehidupan aku sampaikan pada satu ketika terasa mahu mengalah.

Jujurnya aku bukan jenis suka bercerita tentang perasaan pada orang sekeliling aku, setiap apa yang jadi aku cuba selesaikan antara diri aku dengan keadaan itu.  Alhamdulillah satu persatu aku berjaya menutup cerita duka, biarpun aku yang terkecewa.

Dah setahun lebih aku diamkan diri, aku tak mahu diam lagi.  Sayang sangat masa setahun tidak aku coretkan tentang yang indah indah dalam hidup.  InsyaAllah selepas ini aku akan terus bercerita tanpa noktah.

Untuk semua yang mengenali, AKU KEMBALI ....

Thursday, May 3, 2012

its MY DAY :)


Its 8 APRIL 2012 - MY BIRTHDAY. Ermm baru hari ni aku sempat post, itupun aku tulis skit skit, sesungguhnya aku terlalu sibuk sebelum ulangtahun kelahiran aku tu, terlalu banyak kerja nak diselesaikan, terlalu banyak masalah yang datang tapi aku yakin InsyaAllah semuanya akan diselesaikan satu persatu, dengan izin Allah Yang Maha Kuasa. Aku tenang saja coz aku percaya pada Qada dan Qadar, saat ini aku harus tabah untuk melalui satu persatu ujian Ilahi ini, sekali lagi selepas ini aku akan berhati hati dengan setiap apa saja yang datang dalam hidup aku. I will.

Menuju tarikh bahagia tu ada few story yang aku dapat dari kawan dan orang tertentu tentang aku, termenung la seketika memikirkan kembali dari mana ia bermula, finally aku serahkan pada Allah saja coz dah banyak kali aku lalui keadaan ni dan aku teramat yakin Dia yang tahu segala dan aku percaya sampai waktunya nanti, semuanya selesai dan saat ini seperti biasa aku masih tersenyum kepada mereka seolah tiada apa yang terjadi. Inilah diriku.

Malam ulangtahun kelahiran terlalu istimewa, aku dapat hadiah TShirt n Jam Tangan :) hepi sangat coz dua benda ni memang dah lama aku nak beli pun, akibat kekurangan masa aku tak dapat nk shopping, entah bila last aku keluar shopping pun aku dah lupa. Dari Penang malam tu bertolak skitar 11pm terus ke Genting, fuiyoooo sampai dlm jam 3 pagi, terasa cam laju giler kowt driver neh. Sampai je dengan kesejukan yang melampau, thank God dapat bilik awal ari tu, lega sangat pastu tidooooo......

Sedar dah jam berapa, kelam kabut siap siap baru turun makan @ KFC n terus beratur untuk masuk Arena Of Stars, ramai giler kowt tahun ni nak tgk ABPBH, meriah terasa : pengalaman tolak menolak tahun ni tersangatlah hebat hehehe tapi cam bahaya tuh apapun aku hepi coz dapat seat baiiiikkk punya :)

Aku tak de menda nk citer sangat tapi aku nak kasi tau gak tahun ni besday aku hepi giler (walaupun sedih tatau bila nak kawen hehehhee)





Thursday, April 12, 2012

GEMPA @ PENANG






"Tidaklah bumi bergoncang kecuali kerana ada maksiat-maksiat yg dilakukan di atasnya. Bumi gemetar kerana takut Allah melihatnya."
- Kaab bin Malik RA -


Thursday, March 29, 2012

ketahuilah sahabat .....

••►Seseorang yang sentiasa tersenyum riang di hadapanmu,
Ketahuilah dia sering menyapu air matanya tatkala sendirian.

••►Seseorang yang sentiasa bergurau senda di hadapanmu,
Ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian.
... ...
••►Seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan
perangsang kepadamu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu.

••►Seseorang yang sentiasa kelihatan kuat di hadapanmu,
Ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah di hadapan Tuhannya.

••►Seseorang yang ketawanya menceriakan harimu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya.

••►Seseorang yang sering memberi hadiah kepadamu,
Ketahuilah dialah insan yang tidak pernah mendapatkannya.

••►Seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya,
Ketahuilah dialah seorang ‘pertapa setia’ yang tidak mampu
bersuara tatkala sendirian

REDHA

APABILA KITA REDHA ATAS SESUATU
YANG MENGECEWAKAN HATI KITA,
MAKA PERCAYALAH,
ALLAH AKAN MENGGANTIKAN KEKECEWAAN ITU
DENGAN SESUATU
YANG LEBIH BAIK DAN SEMPURNA.

Thursday, March 22, 2012

hadoiiiii .....

serabut minda rasanya, banyak hal yang terjadi tahun ni langsung out of order, sesungguhnya aku tak pernah nak jangkakan tentang perjalanan hidup aku saat ini : yang sedang aku lalui kini. satu ketika dulu aku ingat aku akan terus dalam lingkungan ruang bisnes berterusan. tapi dengan rezeki Allah ini, aku syukur sangat walaupun banyak cabaran yang Dia berikan.

melihat jadual kerja untuk tahun ini sudah cukup untuk aku LETIH. sesungguhnya terlalu pack dengan segala mcm event kecik n bosar, syukur alhamdulillah. kalau diikutkan penat memang la kan tapi ini soal kepercayaan yang diberikan pada aku lagipun aku orang baru di sini. tapi dengan semangat famili, kengkawan, aku gagahi jugak. ada banyak hal yang aku nak buktikan dan tanggungjawab pada org sekeliling yang perlu aku langsaikan.

pagi tadi slepas subuh sempat nonton dengan mak kuliah agama, tentang REZEKI : Sesengguhnya rezeki itu dari sisi Allah dan Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya tanpa batasan. Begitu juga Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi sesiapa yang Dia kehendaki. Hanya insan yang memahami akan hakikat sumber rezeki ini berusaha untuk memohon dan beramal hanya kepada Allah SWT.

syukur pada ketentuanMu Ya Rabbana .....