Thursday, March 29, 2012

ketahuilah sahabat .....

••►Seseorang yang sentiasa tersenyum riang di hadapanmu,
Ketahuilah dia sering menyapu air matanya tatkala sendirian.

••►Seseorang yang sentiasa bergurau senda di hadapanmu,
Ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian.
... ...
••►Seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan
perangsang kepadamu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu.

••►Seseorang yang sentiasa kelihatan kuat di hadapanmu,
Ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah di hadapan Tuhannya.

••►Seseorang yang ketawanya menceriakan harimu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya.

••►Seseorang yang sering memberi hadiah kepadamu,
Ketahuilah dialah insan yang tidak pernah mendapatkannya.

••►Seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya,
Ketahuilah dialah seorang ‘pertapa setia’ yang tidak mampu
bersuara tatkala sendirian

REDHA

APABILA KITA REDHA ATAS SESUATU
YANG MENGECEWAKAN HATI KITA,
MAKA PERCAYALAH,
ALLAH AKAN MENGGANTIKAN KEKECEWAAN ITU
DENGAN SESUATU
YANG LEBIH BAIK DAN SEMPURNA.

Thursday, March 22, 2012

hadoiiiii .....

serabut minda rasanya, banyak hal yang terjadi tahun ni langsung out of order, sesungguhnya aku tak pernah nak jangkakan tentang perjalanan hidup aku saat ini : yang sedang aku lalui kini. satu ketika dulu aku ingat aku akan terus dalam lingkungan ruang bisnes berterusan. tapi dengan rezeki Allah ini, aku syukur sangat walaupun banyak cabaran yang Dia berikan.

melihat jadual kerja untuk tahun ini sudah cukup untuk aku LETIH. sesungguhnya terlalu pack dengan segala mcm event kecik n bosar, syukur alhamdulillah. kalau diikutkan penat memang la kan tapi ini soal kepercayaan yang diberikan pada aku lagipun aku orang baru di sini. tapi dengan semangat famili, kengkawan, aku gagahi jugak. ada banyak hal yang aku nak buktikan dan tanggungjawab pada org sekeliling yang perlu aku langsaikan.

pagi tadi slepas subuh sempat nonton dengan mak kuliah agama, tentang REZEKI : Sesengguhnya rezeki itu dari sisi Allah dan Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya tanpa batasan. Begitu juga Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi sesiapa yang Dia kehendaki. Hanya insan yang memahami akan hakikat sumber rezeki ini berusaha untuk memohon dan beramal hanya kepada Allah SWT.

syukur pada ketentuanMu Ya Rabbana .....

Tuesday, March 20, 2012

takkan terlupakan ....

dah lama aku tak menulis di sini, meninggalkan tempat yang menjadi lantai tidur perasaan dalamku, di sinilah aku jujur tentang segalanya, bercerita tentang satu rasa. akan aku ceritakan sedikit masa lagi, saat ini aku masih memujuk diri supaya terus bersabar. biarlah...bukan aku untuk membuka aib orang dan biarlah juga mereka melakukan apa saja yang mereka mahu, tidak pernah aku rasa sedih atau malu kerna aku tahu DIA ada di sana menyaksikan segalanya...

aku akan kembali bercerita ...

okeh aku kembali hehe ni belum mandi lagik ni, balik jogging terus online skejap satg dah mandi kompem ngantuk giler.

gini ermmm (muzik sedih) aku hepi giler sejak kembali ke penang ni walaupun semuanya berlaku tanpa dirancang tapi aku yakin dengan qada dan qadar Ilahi, baru 6 bulan aku kembali ke penang tapi serasa lama sangat dah, pelbagai perkara berlaku dalam hidup termasuk hal hal yang tak pernah terduga dek akal. aku hepi keja kat sini walaupun penuh dengan tekanan tapi aku amek semua ni dengan rasa positif. rupanya dalam kerja masih ada orang orang yang berdengki di mana mana, depan baik tapi belakang ya tuhan. aku ikut rentak je ni coz aku orang baru di tempat baru, aku yakin one day dorang akan tahu segalanya. aku dengar dengar gak citer yang tak sepatutnya tentang aku tapi setahu aku, aku tak kacau pun keja dorang, urusan peribadi dorang, apsal yang berdengki sangat ntah la. yang aku tahu aku wat keja aku jer. seringkali dalam idup aku, sering sangat sangat sangat aku berada dalam kedudukan tengah, nak ke kiri salah nak ke kanan salah, akhirnya aku jadi mangsa keadaan. tapi aku cool je, bukan aku tak penah lalui situasi ni, finally people know the truth. aku ok je coz aku hepi tuhan tu kurniakan aku kesabaran yang sometimes aku sendiri tak tahu datangnya dari mana!

skarang ni aku nak ikut rentak je cuma hati ni sedikit terasa la. aku lak jenis simpan perasaan, aku baca sendiri kata kata yang dilemparkan pada aku, aku dengar sendiri cerita yang disampaikan pada orang lain, tak apalah...tak kisah. tak lama je lagi, aku sian ngan orang ni, tak lama lagi je nasib orang ni ermm entahlah. nak aku tegur, karang naik angin lak cuma ermmm sian plak dengarkan tentang apa yang akan dia terima sedangkan dia tak tahu lagi. tak guna jadi pegawai atasan jika tak disukai orang bawahan. cukup-cukup la tu, nampak sangat orang tu salah orang ni salah sedangkan salah kau sedang dikumpulkan anak anak buah kau. ermmm entahlah. cool je la seadanya.

jika ini terjadi, aku skali lagi melalui kehidupan yang dicerca dicaci dikata itu ini tapi akhirnya? aku ni binatang ke yang suka suki orang buat cam ni ek? kadang aku pernah ckp kat diri aku ni apsal aku ni sabar sampai cam ni? dah tu orang minta maaf, aku ok je. lupakan je. apa ni? adoiii...

arghhhh finally terkeluar jugak segala rasa aku di sini. legaaaa.....nak mandi la, fanazzzz. thanks korang yang sudi baca :)

p/s : aku boleh bercerita tapi aku tak nak buka aib orang coz nanti di akhirat aib aku dipelihara dan aku boleh berdoa kerana aku teraniaya, sesungguhnya doa orang teraniaya tak ditapis olehNya....jangan sampai doa ini aku panjatkan .... ALLAHUAKBAR

Monday, February 6, 2012

aku dicium NYAMUK .....

Sejak aku balik dari Kuala Lumpur, aku tetiber terus demam mengejut, seingat aku memang la aku setahun sekali di bulan Januari pasti sakit, kalo korang tak caya cuba check blog aku yang lepas lepas, aku pun heran napa le awal tahun aku slalu sakit tapi aku wat dek je la kan, makan panadol pastu tido. TAPI, this time aku rasa lain mcm sangat sangat sangat, bermula 1st Febuari aku dah rasa lain mcm, malam tu aku tak leh tido langsung, aku rasa gelisah sampai ke pagi. Esoknya aku ke klinik, M.A tu gtau aku demam aku tinggi, tekanan darah aku menurun mendadak, platate darah aku lak berkurangan dari paras normal, ermmm aku nak pengsan dah dengar M.A tu cakap cam tu, dia just kasi ubat n suruh aku datang untuk blood test esoknya.

Malam tu aku tak leh tidur jugak, esoknya aku terus wat blood test dan dapat surat refer spital terus la, ekceli aku pun deside nak ke spital gak coz aku tak nak tangguh lagik. Di hospital, skali lagi darah aku diambil, ternyata darah aku menunjukkan kelainan, antaranya ialah kepekatan yang luar biasa, terus admit Ward Denggi, Bahagian Rawatan Harian.

Dua hari di ward cukup untuk membuatkan aku sedar akan tanggungjawab dan kesedaran betapa pentingnya pengetahuan. tentang Aedes dan Denggi, mungkin selama ni stakat dengar dengar cam tu je tak nak amek port kan? Jom aku kongsi skit ngan korang....

APA ITU DEMAM DENGGI?
- Penyakit yang disebabkan oleh Virus Denggi
- Jangkitan biasanya terjadi melalui gigitan nyamuk Aedes yang mengandungi virus denggi
- Sangat MERBAHAYA dan boleh membawa MAUT
- Tiada ubat untuk rawatan denggi

TANDA TANDA DEMAM DENGGI
- Demam kuat yang mengejut dan berlarutan
- Sakit teruk pada tulang tulang, otot-otot, sendi-sendi dan biji mata
- Ruam merah di kulit
- Pendarahan di bawah kulit, hidung dan gusi
- Sakit kepala
- Hilang selera makan
- Sakit perut dan muntah muntah

Ha, korang itulah serba skit yang leh aku kongsi. Aku tak tahu nak share mcm mana rasa demam ni, aku sendiri jadi tak tentu hala masa demam tu, rasa entah apa apa. Tak lalu langsung nak makan, sakit kepala jangan cakap la. Tapi bagus juga bila sakit mcm ni aku jadi lebih alert. Hari ni aku baru je discharged dari wad. Aku salute betul dengan kakitangan Wad Denggi, pesakit sentiasa di pantau, doctor pun selalu ronda tanya keadaan pesakit. Yang wat lemah tu, dah 6 kali darah aku kena amek sepanjang di ward. Drip je dah 6 botol, aduhaiiiiii tapi aku tengok pesakit sebelah katil aku dan yang len lagi teruk keadaan. Urmmm....sabar je la ok la kan sakit kan penghilang dosa dosa kecil, terimalah dengan hati terbuka.

Buat teman yang tahu aku di spital, thanks atas semangat yang diberikan. Buat yang aku menipu aku di Hospital KL tu, sori la yer, aku tak nak korang susahkan diri datang melawat aku. Apapun aku dah selamat balik rumah sekarang tapi keadaan aku masih lemah. Kena banyakkan minum air dan rehat. Doakan aku ye kengkawan .....



Thursday, January 26, 2012

The Land Of Smile - BANGKOK 3


Backkkk....hehehe hari ketiga di Kota Bangkok, seawal jam 10am kitaorang dah berada di sekitar Siam Paragon untuk menyelesaikan misi ke Madam Tussauds Bangkok. Sebelum ni aku dah pernah ke Madam Tussauds Hong Kong so this time aku teruja la jugak nak tengok apa tarikan yang ada di sini. Kalau di Hong Kong, Madam Tussauds terletak nun di puncak bukit, di Bangkok lak terletak di dalam shopping mall yang gah! Enjoy la kat sini, ni sebahagian pic yang aku snap kat sana....berlambak sangat kalo nk post semua kat sini hehe ....







Malam tu satu lagi tempat menarik yang HARUS dikunjungi kalo korang ke Bangkok iaitu CALYPSO BANGKOK, merupakan kaberet club yang terkenal, kaberet ni dah established sejak tahun 1988 dan terletak di Asia Hotel, Jalan Phayathai (hehehe) Bangkok. Dalam ruang theater ni boleh memuatkan hampir 350 orang penonton. Malam tu aku tengok ramai pengunjung asing, mostly Mat Saleh la, Jepun n Korea pun ramai gak, tak sangka aku sambutan hebat gak kat sini. Harga tiket untuk sejam persembahan ialah RM120 dan korang boleh pilih show kol 8.15pm atau 9.45pm tapi yang pastinya harus booking tiket awal coz seat setiap malam selalu penuh, jangan tak percaya, this is Thailand :)

PRE SHOW - FIRST LADY

PRE SHOW - ITALIAN YOUNG, BEAUTIFUL & HANDSOME PERFORMERS

OPENING ACT WITH FEATHERS

THE CHINESE BALLAD

The story of a wounded love. But she, the brides, stands up against all conventions. She fight to get back her freedom, no happy end but revelation!

WONDERGIRLS - NOBODY

BLOSSOM

GEISHA GILA hehehe

THAI UNIQUE DANCE DRAMA

MUSICAL WITH SENSE OF HUMOUR

FINALE - CHARMING & LOVEABLE PERSONALITIES ON STAGE