Sunday, February 14, 2010

VALENTINE MOMENTS with OPRAH


Ha, dah lama aku tak menulis kat sini, tadik siang aku run tengok OPRAH je edition sempena Valentine, sememangnya rasa bertuah sangat dapat tengok 2 episod bout valentine...nak citer kat sini memang panjang berjela tapi aku memang rasa 'cinta itu indah'. Hmm mcm mcm bentuk luahan kasih sayang antara manusia sebenarnya cuma tergantung kita untuk meluahkan dengan cara yang mcm mana.

Sepanjang dua episod ni memang buatkan aku tersentuh gak la, hmm kononnya pikir aku je la yang menghargai cinta lam dunia ni rupanya ada yang jauh lebih hebat dari aku. Hmm napa negara kita tak dapat menzahirkan program sehebat OPRAH ek? Mungkin tak ada hos yang betul betul sesuai kot...

Apapun, aku memang enjoy la dengan edition tadik.

Tuesday, January 12, 2010

G E M U K

Hmmm topik yang 'sensentap' its about GEM hehehe...sebenarnya dengan ketinggian yang aku miliki dan berat badan yang aku ada, bukanlah satu masalah pun, tak nampak gemuk pun tapi dek kerana kerjaya aku yang dikelilingi mereka yang menjaga penampilan dan selalu 'mengambil berat tentang orang lain' makanya aku terperangkap dalam situasi ini LAGIPUN di suatu hari ni masa gi klinik, aku amek test gemuk atau tidak hehehe nyatanya dengan ketinggian 180cm aku sesuai dengan berat badan 75-80kg sedangkan aku 90kg, aiyoooo....

Dan lagi satu faktor ialah, sejak ada si Echo di Penang ni, aku semakin kuat makan, pagi tengahari petang malam keja aku makan jaaaaa......dan mulai ari ini aku dah set nak turunkan berat badan.

Dengan ini diisytiharkan hari ini dengan berat badan 90kg akan aku turunkan sebanyak yang mungkin, nantikan posting aku pada 12th Febuari yang akan datang ok ehehehhe

Kawan aku yang nama Fazi, dia dah welcome aku ke Kelab Gemuk yang dia asaskan ...buat masa sekarang aku dalam kelab dia la, nanti aku nak kuar dari kelab itu huhuhu.....

Wednesday, January 6, 2010

bila kita bertanya ...

Aku dapat email tentang catatan di bawah ni dari Azrul Syafiq (http://www.xtraordinaryz.blogspot.com). Dulu, dalam blog aku yang lama (http://budakistana.blogspot.com) aku ada catatan ni gak, sebenarnya ia sangat berkesan dan berguna, kita sering bertanya itu ini tanpa kita sedari sendiri siapa dan di mana diri kita.


KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB

"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216


KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. " - Surah Al-Baqarah ayat 286


KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45


KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111


KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "
- Surah At-Taubah ayat 129


KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12


KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


p/s : renung-renungkanlah wahai teman.

Friday, January 1, 2010

SALAM TAHUN BARU ....


SELAMAT TAHUN BARU...ha itulah ucapan yang bergema dipentas Sunway Carnical Mall kelmarin, memang happening kat situ, teramat sangat. My troupe perform kat situ, acara sukses..organiser puas ati so aku pun hepi giler.

Jalan jem teruk masa nak balik Penang. Sampai kat tol Sungai Dua, keta aku (keta my frenz sebenarnya, aku pinjam coz tak cukup keta nak bawak dancers) kena tahan ngan JPJ. Actually aku dah sedia dah coz memang tau road tax dah mati. Aku redah ja la amek risiko kena saman TAPI.........

Rupanya member aku ni dah lama tak hidupkan road tax dia more than 6 months so jawapan dari brother JPJ itu ialah SITA...ha amek ko! Dengan wartawan yang ramai hehehe bebudak dancers dalam keta segan ar nak kuar, takut muka kuar tv katanya hehehe aku selamba je follow, dah salah kan? Hehehe buat rayuan pun tak dapat, kononnya serius la tapi pas dah kuar saman bleh plak dorang dorang JPJ tu dok wat ramah tamah pot pet nak sembang, pantang nampak pompuan cantik....

Sib baik ada member sowang ni mamat India, keta Toyota Camry dia kena tahan gak coz cermin gelap so aku ni dengan 'ramah' minta ditumpangkan ke jeti hehehe sib baik dia ok, dia lagi sian coz baru je amek keta dari girl dia 10 minit pastu kena saman hehehe...malam tu kitaorang bertemankan embun naik feri ke penang hehehe Alhamdulillah selamat sampai umah gak la dengan seribu kenangan tahun baru. Pada aku semua ni dah memang tersurat, kena la redha coz dah buat salah hehehe

Tadik, awal pagi Aku, Echo, Lynn, Aya n Amar 'mandi bunga' kat Taman Rimba hehehehe lama tak mandi kolam so aku betul betul mandi la hehehe sedap plak makan pas sejuk mandi ni ha, balik umah terus tido sampai petang, lega sangat!

Berlalu sudah hari pertama di tahun baru, semoga 12 bulan mendatang menjanjikan kebahagiaan, AMIN.

Friday, December 18, 2009

PERADUAN PINKY PINKY hehehe


Korang tengok pic kat atas ni ha....aku ada la suka suka masuk contest kat sini > http://chetambiz.blogspot.com hehehehe kena teka amenda tu, ni clue yang akak tu kasi....

Makanan ni sebenarnya tak pernah pun Chetam jumpa di Malaysia. Chetam makan di Medan di rumah Emak Mertua Chetam. Nampak besar tapi sebenarnya kecil jer.....macam bungkusan gula-gula. Dah habis peraduan ni nanti, Chetam akan kongsi resepinya.

Hadiah menarik untuk dimenangi.....satu set hadiah istimewa terdiri dari Brooch Ekin, Sepasang cucuk tudung, Tabung Slim, Baju Hujan Ben10.....ada lagi.....kena tunggu Chetam cari dulu sebab simpan merata-rata. Tak janji tapi kalau jumpa, Chetam akan beg lipstik bercermin dan frame gambar disneyland yang Chetam beli dari Hong Kong akan turut diselitkan dalam hadiah tu nanti.

Hantar lagi tekaan anda.

Aku pun 'mengemail' la jawapan aku iaitu WAJIK BANDUNG....kemudian disiarkan plak keputusannya...jeng jeng jeng

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Maaf tak dapat siarkan keputusan nya semalam (Ahad). Letih penangan kelas coklat dua hari berturut-turut. Chetam terima beratus-ratus email yang meneka Sagun. Ada juga yang meneka dodol, Baragas dll. Terima Kasih banyak-banyak kerana sudi melapangkan masa anda untuk mengirim email kepada Chetam. InsyaAllah, di lain masa Chetam akan adakan peraduan yang lain pula. Chetam Ini keputusannya: ========================================= Salam Che Tam, Jawapan kepada peraduan itu ialah: WAJIK @ WAJIK BANDUNG From ME : ZAC ZAINI MOHAMED ESA,BATU FERRINGHI,PENANG ========================================= Chetam minta Zac Zaini untuk emailkan alamat penghantaran hadiahnya yer......Nak tahu apa hadiahnya? Okay.......hadiah serba pink untuk Zac Zaini.

ha, amek kat aku, adiah serba pink untuk aku hehehehhee tergelak besar aku tengok adiah yang bakal aku dapat karang TAPI akak tu janji nak wat sendiri COKLAT untuk aku tau...korang tengok la blog dia, memang pakar coklat sangat!

hehehe tak sabar neh.....

PIC AYA KAWIN PART 2








Monday, December 7, 2009

wedding AYA












ALHAMDULILLAH....syukur sangat sangat coz segalanya berlangsung dengan meriah. sejak dulu lagi aku dah janji dengan Aya akan menguruskan persiapan perkahwinannya seada yang aku tahu which means dalam bidang aku ler!

Sabtu malam tu aku ngan Echo gi pasang pelamin dan meja beradap, sabar la sangat sangat, memang penat dengan kerusi yang teramat berat, pasang pelamin dua orang, meja beradap....akhirnya jam 2 pagi semuanya siap gak! malam tu gak aya baru teringat, kek tak order lagi, aku terus call kak ina pesan kek, ha tengok kek yang akak tu buat, dah la cantik, sedap plak tuh (akak, nanti sponsor birthday kek zac ok hehehehe...) sampai umah, mandi terus pengsan!

Esoknya awal lagi dah bangun, si Echo kena jadi pengapit si Amar, dia pasang ngan Ida. Hmm seharian hari ini memang penat tapi penuh dengan pelbagai perkara yang lucu la, meh aku kongsi ngan korang....

Sampai umah Aya, Bob (kawan aku yang pandai make up, memang cantik, korang bleh contact dia di talian 013-4833991) start makeup...aku terbaring di katil pengantin coz memang ngantuk sangat, sedang ayik pot pet pot pet dalam keadaan ngantuk, gedeboommm....apa tuh? katil runtuh hehehe apa lagi, pecah gelak la semuanya hehehehe sabar ja la, aku ke yang berat tuh? tu spasal, Amar plak (pengantin lelaki)...contact lens terkoyak dalam mata hehehe...separuh berjaya kuar, lagi separuh ada lam mata hehehe bini dia gak berjaya kuarkan....

Aku plak teringat bunga tangan tak amek lagi, terus drive di Tanjung Bunga, sekali aku tengok bunga tangan tu, hati aku punyalah sakit, mcm taik je kedai ni wat bunga tangan, aku rasa cam nak baling je bunga tu kat dia, apalagi aku bising la...finally aku yang terkenal dengan pembela hak hak pengguna, mintak dia ganti bunga baru coz aku nak olah semula, dia pun kasi je hehehe aku pecut gi Batu Ferringhi plak, suh Kak Siti gubah semula....

Patah balik ke Tanjung Tokong, semua dah siap nak gerak, Aya dah cantik sangat, Amar pun dah siap, aku siapkan pengapit ja la...dorang move tinggal aku, Bob ngan Sheeren bersihkan bilik...pastu move gi umah pengantin kat Tanjung Tokong, sampai ja dari jauh aku tengok dorang kat atas stage tengah tengok silat....hmm lega hati aku.

Tapi sekejap je, Aya panggil aku cakap Air Mawar, Bunga Rampai ngan Beras tak buat lagi, aduhhh aku zoom plak gi umah Kak Suria, mintak tolong watkan semua tuh. Dah siap, baru nak mamam tu pun tak senang gak, ada ja itu ini tapi aku ok jer la, memangnya bukan mudah untuk menguruskan majlis cam ni, banyak lagi hal yang kena buat.

Dengan cuaca yang panas, hmm ntahlah nak cerita mcm mana. Semuanya berlangsung dengan indah sebenarnya, ramai sangat tetamu dorang yang datang. Aku hepi sangat coz aku yang tempah pakaian pengantin yang kainnya aku beli dari Medan, ha cantik tak? Kalo sesapa nak kawin bleh order kat aku, kalo korang ada design sendiri pun tak per, just bawak je design tu....hehehehe....

Malam tu bukak pelamin n meja beradap plak......pengsan lagi!