Saturday, October 8, 2011

aku masih seperti dulu :)

Kau masih ku sayang
Sehangat waktu cinta bermula
Tidak pernah pudar
Kasihku padamu
Sekalipun musim berlalu

Kau masih ku rindu
Walaupun tidak aku lafazkan
Tidak pernah aku
Membenci dirimu
Sekalipun engkau sakiti

Aku masih seperti dulu dahulu
Merahnya cintaku
Menyala di kalbu

Aku masih yang kau kenal dulu
Harumnya kasihku
Semerbak merindu

Ku merenung jauh
Kiranya ku hidup bersamamu
Akan ku cuba
Bahagiakanmu
Sekalipun hati terluka

Wednesday, October 5, 2011

NOBODY KNOW ....

BAGI aku, semuanya dah cukup indah untuk aku, untuk famili aku, untuk segala yang aku miliki kini tapi tak siapa tahu apa yang aku simpan dalam hati ni, yang orang nampak adalah kegembiraan aku, kesenangan aku, kebahagiaan yang terpancar jelas di mata dan bibir aku yang senantiasa senyum dan ketawa biarpun hati terasa...hanya Allah yang tahu. Sebab itu aku malas nak melayan karenah orang lain yang kadangkala buat nafas aku sesak. Sebagaimana aku permudahkan hidup aku, sebegitu juga aku tak mampu hidup aku disusahkan oleh orang lain tapi ada je yang mahukan seribu perhatian dari aku yang satu, kalau diabaikan sedikit, beribu kata pula yang terhambur ermm siapalah orang orang ini yang nak menyesakkan dada aku setelah aku berhempas pulas memujuk hati aku untuk tenang bahagia? Perlu ke aku nak menjaga hati orang lain?

Sehari dua ni jadual aku pack giler baban, am hepi with my life. Baik aku sibuk cam ni dari punya masa lengang, sememangnya aku rindu suasana ni, dah malas nak goyang kaki walaupun massyyuukkk hehehe aku suka dengan job skang ni, dah memacam manusia aku jumpa. Walaupun dalam showbiz aku dah jumpa memacam orang tapi bekerja di department yang berhubungan dengan International Affairs ni buatkan aku lebih berdisiplin dan errmm ntahlah, lebih menjaga diri kowt hehehe ....

Aku rindukan someone yang aku dah semakin jauh aku rasa, sumpah rindu sangat. Mujur ada kawan kawan yang senantiasa menggembirakan. Madi, i tahu u akan baca blog i, waktu u tanya i baru ni hows my relation with that ehem ehem, i ckp ok...orang tu sibuk...bla bla bla tapi ntahlah i sendiri tak tahu sebenarnya. Susah nak i jelaskan, so far i lalui sebaik mungkin. Orang di langit tinggi entah nampak atau tidak kita di tanah bumi ni.

Banyak sebenarnya di dalam hati ni yang orang tak tahu dan orang tak nampak tapi ada sesuatu yang terjadi di situ. Aku akan teruskan kehidupan seperti biasa dan aku harap semua keresahan ini akan berlalu tak lama saja lagi.

p/s : mula menghitung hari untuk ke satu tempat yang hmmmm la la la la .....

Monday, October 3, 2011

mari BEKERJA yer hadek hadek sekalian ...

Urmm sungguh tak aku sangka, selain aku busy wat *tetttttt*, job offer yang ditawarkan ini, tak harus aku tolak! Pastinya....untuk tempoh tak sampai dua bulan, aku bekerja sebagai Event Manager untuk MPPP dalam rangka menjayakan World Friendship Beat Fest 2011 (takooottttnyeerrrr). Semoga semuanya akan berjalan lancar, AMINNNNN....

Hari ini hari pertama kerja, Alhamdulillah aku diberikan 'masa' aku sendiri, fleksibel working hours coz Pengarah tau aku ada menda lain yang aku nak buat asalkan aku langsaikan keja aku yang sepatutnya udah ler...

Aku suka giler dengan suasana opis baru aku ni, dah la dalam hutan, sejuk je. Opis dah macam rumah dengan dinding bata merah, deco buluh merata n perabot kayu jati semuanya, tenang giler siot. Ermm esok aku nak pasang muzik Bali lak dlm opis hehehe ...

Love my 'sementara' job ni, dah orang kasi kepercayaan, harus la aku buktikan sebaiknya kemahiran yang ada. Semoga semuanya berjalan dengan sempurna. Dengan izin DIA YANG MAHA KUASA :)

Sunday, October 2, 2011

HELP ME PLZ ....




tak tahu nak buat keputusan ... hati di sini @ di sana ?

OH NOOO ....

AKU memang tak nak jumpa dia, aku dah janji dalam hati aku....kalau jumpa aku tau aku akan sakiiiittt sangat tapi tadik aku TERNAMPAK dia, YA ALLAH...SUMPAH aku sakkkiiitttt....aku tak der salah apa pun kat dia, sepatutnya dia tahu apa yang dia dah buat pada aku tapi aku tgk dia mcm tak der apa apa pun, siap enjoy dengan life lagik. Dia la yang kasi aku cinta dia mcm giler dan dia gak yang blah tetiba dari dalam idup aku. Sentap dowh, pening memusing aku jadiknya. Memang aku tak ingat dia dah tapi ari ni spoiiilll sungguh terserempak ngan dia lak. Patut la sejak pagi aku rasa cam ada yang tak kena.

Bila sesowang mcm ni mula la aku dok pikir memacam, teringat semua kisah silam apa yang dia dah buat pada aku, ishkkk tak aku sangka manusia yang punya wajah setenang itu, sering menjadi perhatian orang tapi punya hati yang ntah lah...YA ALLAH mengumpat lak aku kat sini tapi hati aku sakit sangat ni, cam ner nak buat ni ermmm....

Harus aku mandi jap kasi darah panas ni kembali sejuk.

OCT 2011

OCTOBER kembali lagi. Bulan ni bulan yang paling busy bagi aku setiap tahun coz ramai insan insan kesayangan aku celebrate their birthday dalam bulan ni dan bulan ni jugak banyak kenangan dalam hidup aku such as aku mula fall in LOVE on 8th October 1995 :) malu siot hehehe and then clash on 8th October 1998 when she decided to marry my friend :( sedey la plak, setahun gak aku termenung dalam bilik sebelum come back to life ...

Yang paling penting, besday mak aku on 9th October, abang aku on 23rd October. Kawan kawan yang len pun ramai gak celebrate birthday on October.

3rd October aku akan sign contract ngan MPPP untuk tempoh 2 bulan as Event Manager untuk World Friendship Beat Festival (PRELUDE) yang akan diadakan pada 11-13 November 2011 di Queensbay Penang. Tak sabar nak handle project yang paling besar yang ditugaskan untuk aku sepanjang karier aku dalam showbiz selama ni urmm mungkinkah projek ni penutup segala aktiviti aku dalam showbiz selama ini? Mungkin ....

27th till 31st October pun ada big plan yang aku tatau nak setuju atau pun tidak, adoiiii fening kepala nak buat keputusan. Ikutkan hati nak je redah tapi banyak komitment lain yang aku tengah fikirkan. By the way, tawaran yang agak menarik untuk aku. Lagipun tahun ni aku tak 'berjalan jauh' lagik. Mungkin aku terima je la tawaran dari hot couple tuh hehehe ....

Ada few plan lain dalam October yang bila aku semak je date semua tu buat aku sesak nafas urmmm tolak kalendar ke tepi jap, baik aku tido dulu hehehe ....

Saturday, October 1, 2011

AARRGGGHHH ....

I just wanna happy life la, malas nak pikir menda yang bosan bosan yang menyakitkan kepala hotak. I just wanna be simple as I can and I hope other person oso can be like me, respect me as I respect them n their life, simple je kan? Tp why orang lain tak leh cam tuh? Coz orang lain tak sama cam diri aku kan? Yes aku leh paham tapi dlm soal respect idup orang len, cuba la faham. Tu je aku mintak, bukan aku mintak duit ringgit atau harta benda pown, aku tak hingin semua tu.

Aku ni kalo leh nak jaga hati semua orang, tak nak sakitkan hati orang tapi aku selalu je sakit hati ngan kata kata orang dan bila aku lak mulakan kata kata aku, org len sakit hati pastu mula lah memacam ayat ayat cinta drama swasta drama kerajaan nak keluar sedih bagai...tapi perlu ke aku nak rasa mengalah? Sapa yang mulakan? Aku tak kacau orang lain pown tapi bila dah jadik cam ni sedapppp je ayat ayat irama padang pasir kuar, aduhaaaiii serius aku malas nak melayan.

I just wanna happy n simple life. Aku tak kacau orang dan jangan orang kacau aku. Slagi aku boleh sms, boleh call, please respect me. Sampai satu tahap aku cakap kat diri aku tentang satu hal, U will never see me anymore in Ur life. TITIK.