Monday, October 7, 2013

MEDAN ... again?


Medan lagik? Hehehe ... sori guys but I really jatoh chenta dengan MEDAN.  Aku sendiri tak tahu dah berapa kali aku asik ulang ke sana.  Tapi kali ini aku enjoy sangat sangat, serius! Coz aku gi ngan orang orang yang rapat ngan aku kot especially si Fairus.  Dia ni best pren aku, satu bilik ngan dia sepanjang kat sana memang buatkan aku tak senang duduk, we have lotsssss of fun!

4 hari kot kat sana, kami berlapan memang puas la pusing Danau Toba ngan Medan.  Nak diciterkan pun panjang nau lagipun pengalaman di Medan dah banyak kali kot aku citer, korang layan je la pixxxx okeh!






Sunday, July 28, 2013

Passport to Kuala Namu : RAMADHAN di MEDAN, INDONESIA


RAMADHAN 1434H : Sepertimana tahun tahun sebelumnya, aku kembali ke Kota Medan yang dicintai, sering aku ditanya Why Medan? Ada apa dengan Medan? Jujurnya aku sendiri tak tahu nak jawab soalan tu, aku dah serasi sangat dengan Medan, mungkin jatuh cinta dengan makanan, shopping dan juga orang orang sana kot, terasa dihargai sangat jika dalam kelompok orang sana, entahlah!

Aku nak share something interesting ngan korang, actually dah lama aku beli tiket Air Asia ke Medan tapi sminggu sebelum tu aku dapat email dari Air Asia tentang Bandara Polonia tak akan beroperasi lagi maksudnya aku akan touch down di Bandara Antarabangsa Kuala Namu : mcm sekejap je masa berlalu, dulu slalu dgr tentang airport baru Medan yang nak dibuka, skang dah dibuka dan aku akan berada di sana pada hari kedua ianya dibuka.

Excited la juga nk touch down @ Kuala Namu tapi sejarah dan kenangan manis kat Polonia akan tetap aku ingat coz CINTA ade tertinggal kat situ ewaahhhh hahaha Polonia dah berusia 70 tahun so Kuala Namu ni kiranya diharapkan menjadi airport transit terbesar untuk Sumatera la kiranya.  Aku touch down at 11.30am, sayangnya keadaan airport tak seperti yang aku harapkan, banyak yang belum selesai rupanya, terlalu banyak here and there, aku tak faham why dorang start operasi, kemudahan pun banyak yang blom lengkap.

Aku amek keputusan nk naik train ke town Medan tapi next train at 12.30 tengahari lak so aku naik bus je la ke town, sepanjang jalan aku tension! Hehehe .. dua jam beb baru sampai town, bayangkanlah dengan bas yang ruang tempat duduk sempit dengan ruang bagasi yang hado, berangan sungguh aku nk sampai town!  Sedeyyy ... bayar murah je Rp15 ribu sekitar RM4.50 cam tu kan, sampai kat Hotel Grand Lubuk Raya aku tak masuk bilik pun coz rushing giler nk g shopping, letak brg kat reception terus zoom di Medan Mall sopping kain batik, kain pelikat, telekung dannn yang penting kain langsir baru untuk mak! Hehehe dari situ aku ke Zulaika lak beli kek lapis coklat member pesan, patah balik ke hotel mandi jap terus keluar lak ke Yuki Plaza and destinasi terakhir lepak kat Ramadhan Fair, buka puasa kat situ dengan segala mak nenek nyer makanan.  Pas bebuka je aku shopping kat pasar malam kat situ, beli kain lapik meja lak dah huhuhu sungguh mak mak! Hehehe ... apapun enjoy, sbelum balik hotel aku singgah Mc Donalds beli bekalan untuk sahur, akhirnya dua kali sahur coz hotel datang kasi sahur kol 4am lak, makan lageyyy nasi lauk sambal ayam ngan rendang daging, munciiittt sudaaa ...

Esoknya awal pagi aku ke umah mak angkat aku kat Jalan Kenari 18,Perumnas Mandala antaq biskut ngan kain baju (acara tahunan wajib di bulan Ramadhan) lama tak jumpa, sembang gelak sembang gelak dengan sejam gak la, miss them so much feel like wanna cry lak, susah nk jumpa family yang baik sangat cam ni ermmm ....dari situ aku zomm naik beca balik hotel n ke Pajak Ikan Lama lak, shopping 3 pasang baju melayu untuk diri aku sendiri, legaaa ...

Nak ke airport, aku amek train so kena Rp80 ribu sekitar RM24 tapi puas hati la coz perjalanan 35 minit je, tempat duduk n simpan barang tersangat selesaa....dua hari perjalanan pulang pergi Penang-Medan-Penang yang sungguh mengujakan, skang tersadai kepenatan.

Nanti aku blogging lagi okeh .... sayang korang!


Thursday, May 2, 2013

R.I.N.D.U


Assalammualaikum semua,

Subhanallah, rindunya aku untuk kembali menulis di sini.  RINDU sangat sangat, bukannya aku cuba melupakan blog ini tapi entahlah ... kadang terbit rasa kecewa dalam hidup, terlalu banyak yang aku tempuh sebenarnya dalam kehidupan aku sampaikan pada satu ketika terasa mahu mengalah.

Jujurnya aku bukan jenis suka bercerita tentang perasaan pada orang sekeliling aku, setiap apa yang jadi aku cuba selesaikan antara diri aku dengan keadaan itu.  Alhamdulillah satu persatu aku berjaya menutup cerita duka, biarpun aku yang terkecewa.

Dah setahun lebih aku diamkan diri, aku tak mahu diam lagi.  Sayang sangat masa setahun tidak aku coretkan tentang yang indah indah dalam hidup.  InsyaAllah selepas ini aku akan terus bercerita tanpa noktah.

Untuk semua yang mengenali, AKU KEMBALI ....

Thursday, May 3, 2012

its MY DAY :)


Its 8 APRIL 2012 - MY BIRTHDAY. Ermm baru hari ni aku sempat post, itupun aku tulis skit skit, sesungguhnya aku terlalu sibuk sebelum ulangtahun kelahiran aku tu, terlalu banyak kerja nak diselesaikan, terlalu banyak masalah yang datang tapi aku yakin InsyaAllah semuanya akan diselesaikan satu persatu, dengan izin Allah Yang Maha Kuasa. Aku tenang saja coz aku percaya pada Qada dan Qadar, saat ini aku harus tabah untuk melalui satu persatu ujian Ilahi ini, sekali lagi selepas ini aku akan berhati hati dengan setiap apa saja yang datang dalam hidup aku. I will.

Menuju tarikh bahagia tu ada few story yang aku dapat dari kawan dan orang tertentu tentang aku, termenung la seketika memikirkan kembali dari mana ia bermula, finally aku serahkan pada Allah saja coz dah banyak kali aku lalui keadaan ni dan aku teramat yakin Dia yang tahu segala dan aku percaya sampai waktunya nanti, semuanya selesai dan saat ini seperti biasa aku masih tersenyum kepada mereka seolah tiada apa yang terjadi. Inilah diriku.

Malam ulangtahun kelahiran terlalu istimewa, aku dapat hadiah TShirt n Jam Tangan :) hepi sangat coz dua benda ni memang dah lama aku nak beli pun, akibat kekurangan masa aku tak dapat nk shopping, entah bila last aku keluar shopping pun aku dah lupa. Dari Penang malam tu bertolak skitar 11pm terus ke Genting, fuiyoooo sampai dlm jam 3 pagi, terasa cam laju giler kowt driver neh. Sampai je dengan kesejukan yang melampau, thank God dapat bilik awal ari tu, lega sangat pastu tidooooo......

Sedar dah jam berapa, kelam kabut siap siap baru turun makan @ KFC n terus beratur untuk masuk Arena Of Stars, ramai giler kowt tahun ni nak tgk ABPBH, meriah terasa : pengalaman tolak menolak tahun ni tersangatlah hebat hehehe tapi cam bahaya tuh apapun aku hepi coz dapat seat baiiiikkk punya :)

Aku tak de menda nk citer sangat tapi aku nak kasi tau gak tahun ni besday aku hepi giler (walaupun sedih tatau bila nak kawen hehehhee)





Thursday, April 12, 2012

GEMPA @ PENANG






"Tidaklah bumi bergoncang kecuali kerana ada maksiat-maksiat yg dilakukan di atasnya. Bumi gemetar kerana takut Allah melihatnya."
- Kaab bin Malik RA -


Thursday, March 29, 2012

ketahuilah sahabat .....

••►Seseorang yang sentiasa tersenyum riang di hadapanmu,
Ketahuilah dia sering menyapu air matanya tatkala sendirian.

••►Seseorang yang sentiasa bergurau senda di hadapanmu,
Ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian.
... ...
••►Seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan
perangsang kepadamu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu.

••►Seseorang yang sentiasa kelihatan kuat di hadapanmu,
Ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah di hadapan Tuhannya.

••►Seseorang yang ketawanya menceriakan harimu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya.

••►Seseorang yang sering memberi hadiah kepadamu,
Ketahuilah dialah insan yang tidak pernah mendapatkannya.

••►Seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya,
Ketahuilah dialah seorang ‘pertapa setia’ yang tidak mampu
bersuara tatkala sendirian

REDHA

APABILA KITA REDHA ATAS SESUATU
YANG MENGECEWAKAN HATI KITA,
MAKA PERCAYALAH,
ALLAH AKAN MENGGANTIKAN KEKECEWAAN ITU
DENGAN SESUATU
YANG LEBIH BAIK DAN SEMPURNA.